Setelah saya membelanjakan banyak wang untuk projek soundproofing pada tingkap apartment studio saya, masih terdapat bunyi LRT yang masuk melalui celah pintu.
Artikel ini akan menunjukkan cara bagaimana saya memasang D-seal pada pintu untuk mengurangkan bunyi bising LRT sebanyak 5 dB.
Pintu Yang Perlu Dipasang D-Seal

Bacaan Decibel Sebelum & Selepas Memasang D-Seal
Purata bacaan dB meter selepas memasang tingkap soundproofing, tetapi sebelum memasang D-seal pada pintu | 38 dB | 45 dB |
Selepas Memasang D-Seal – Bacaan Purata | 35 dB | 40 dB |
Purata Pengurangan Bunyi Dengan D-Seal | -3 dB | -5 dB |
Konklusi: D-seal memang berkesan dan bukannya gimik. Untuk pengurangan bunyi bising LRT pada tahap -5 dB, pada harga D-Seal RM 5 untuk satu pintu, saya rasa ini adalah projek DIY yang mudah dan sangat berbaloi.
Berapa Banyak D-Seal Diperlukan Untuk 1 Pintu?

D-seal dijual di Shopee dalam keadaan melakat 2 selari (berbentuk double-D) berharga lebih kurang RM 5 segulung.
Saya pecahkan double-D menjadi 1 D-seal sepanjang 6m, cukup untuk 1 pintu dan ada lebih sedikit untuk buat baru jika pasang senget masa mula-mula.
Dimana Saya Boleh Beli D-Seal?
Anda boleh dapatkan di Shopee atau Lazada. Paling murah, kalau beli direct dari China, tapi kalau malas nak tunggu, pastikan order dari penjual tempatan:
Recent Posts
Untuk memaca artikel ini dalam Bahasa Inggeris, klik disini. Pada Februari 2020, saya mencari peluang perniagaan baru. Belajar dari kegagalan perniagaan Airbnb saya, & keadaan ekonomi yang...
Artikel ini akan berkongsi dengan anda pengalaman saya membeli saham Malaysia & USA melalui Maybank. Mengapa Saya Memilih Maybank sebagai Broker Saya Saya mempercayai Maybank kerana saya...